Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan di akhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:
1. Surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Surah Al-Ikhlas (11 kali)
3. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)
4. Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut. (Semasa membuka gelanggang.)
5. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.
6. Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.
Saya dan keluarga kembalikan kepada kamu jika ada ilmu yang Allah tidak redha yang saya ambil atau belajar dari kamu dimasa lalu dimasa kini dan dimasa akan datang kepada kamu semula
BalasPadam