Sabtu, 25 Disember 2010

Adat Gelanggang

Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan di akhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:




1.      Surah Al-Fatihah (1 kali)


2.      Surah Al-Ikhlas (11 kali)


3.      Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)


4.      Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut. (Semasa membuka gelanggang.)

5.      Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t.


6.      Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan