CIKGU ISMAIL BIN CHIK (PJK,GP
Cikgu Ismail Chik telah mengajar Gayong tanpa henti bermula daripada tahun 1960 secara rasmi dan mula mengajar sebelum itu pada umur beliau 13 tahun yang mana telah diamanahkan oleh ADMAR untuk mengajar di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Pengalaman awal mengajar adalah di Ampangan, Negeri Sembilan dan terus ke Kuala Pilah sehingga ke Pahang pada umur yang masih muda.
Pengalaman menarik amat banyak termasuk pengalaman awal di dalam usia yang terlalu muda terpaksa mengajar di Ampangan yang dikatakan lubuk samseng melayu pada masa itu. Namun pengalaman dan berkat keikhlasan, semuanya ditempuhi dengan baik.....
Hingga Kini Beliau Masih Mengajar Silat Di kompleks Silat Batu Uban Pulau Pinang. Sesiapa yang berminat boleh lah berjumpa beliau pada setiap hari jumaat pada pukul 9.00 mlm di Kompleks Silat Batu Uban Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan